18 Tahun Kebawah di Larang Menonton konsert Lady Gaga.

Di fahamkan di Korea Selatan remaja yang berusia 18 tahun ke bawah di larang menonton konsert bintang pop America Syarikat, Lady Gaga. 

Konsert Lady Gaga di negara berkenaan ditentang beberapa pertubuhan agama Korea Selatan ekoran penyanyi lagu Poker Face itu didakwa menyokong homoseksual selain gaya persembahannya yang dianggap lucah.

Penyanyi berkenaan dijangka mengadakan 110 konsert tahun ini ekoran kejayaan lagu popularnya, Born This Way.

Bintang luar biasa itu yang mempunyai hampir 22 juta pengikut di laman sosial Twitter akan memulakan konsert jelajah dunianya di sini.

Lady Gaga, 26, bakal memulakan konsert jelajah ketiganya, The Born This Way Ball, pada 27 April di Stadium Olimpik di sini.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima Kasih Kerana Sudi Datang ke Belog Xperimen.