Macam-macam. Di Bristol seorang ibu di tangkap selepas menjadikan bilik tidurnya sebagai kebun ganja untuk membiayai pembedahan payu dara.
Beliau ditahan selepas polis menyerbu rumahnya di Bristol dan menemui 32 pokok ganja ditanam di situ.
Pendakwa raya, May Li memberitahu mahkamah: “Dalam soal siasat dengan polis, Kirsty mengaku dijanjikan RM39,276 sekiranya membenarkan pokok ganja ditanam di bilik tidurnya. Pada mulanya dia menolak tetapi akhirnya menerima tawaran itu.
“Katanya dia tidak sukakan tubuhnya dan mahu membesarkan payu dara.”
Kirsty dijatuhkan hukuman 18 bulan kerja kemasyarakatan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun.

